m o z a m i d

July 24, 2010

Cabaranku…

Filed under: Uncategorized — mozamid @ 3:41 pm

Di dalam kesesakan waktu dan pertarungan sengit mengecap kesempurnaan kehidupan, seseorang itu amat perlu untuk merasai akan erti kesusahan. Semua ini tidak boleh diertikan dengan kata-kata walau apa jua cara meluahkannya.

Hanya Dia yang mengetahui isi hati. Geringnya waktu tidak sekali menyembat keluh kesah dalam dada. Waktu itu cukup memberikan erti yang mendalam kerana tiada satu pun yang akan bermula dengan segalanya tersedia untuk dinikmati.

Mungkin juga kerana telah terbiasa dengan teknologi dan kecanggihan serta kemudahan yang merata, kini diri dirasa sedikit terpenjara. Tidak ubah seperti ketika dulu merantau ke tempat orang, mengharap belas ihsan orang yang telah lebih lama mendalami dan menetap di sesuatu wilayah itu.

Walau hanya dengan sepatah perkataan, tentunya memberikan makna yang amat mendalam kerana jiwa yang kosong itu sentiasa mendambakan kepada maklum balas. Kiranya ia tidak membawa apa jua makna, tetaplah akan berlaku proses yang kemudiannya membentuk jiwa itu untuk menilai dan menafsir setiap gerak wajaran hasil dapatan.

Walau sejauh mana kaki melangkah, setinggi mana badan itu mengaplikasi Hukum Inersia demi mencari sesuap nasi yang halal bagi menampung jiwa lahiriyah dan juga rohaniah rintangan itu perlu dihadapi dengan tabah dan iltizam.

Tiada yang sempurna namun setiap kelebihan yang telah dikurnia perlu diadaptasikan agar kesinambungan sinar dan kepelbagaian panjang gelombang itu sentiasa membawa mesej keamanan dan kesejagatan kepada semua yang terlibat. Mengenali frekuensi akan pasti memeriahkan lagi suasana.

Menjadikan diri sebagai pemancar adalah seperti aktiviti peleraian nuklear(nuclear fusion) yang bisa saja mengundang maut dan bahaya. Inilah masa dan ketika dari kiasan indah si orang lama yang amat berpengalaman; usahlah dikau menggunting hujung pulpa(kepompong) kerana itulah punca binasanya satu penciptaan yang amat indah sekali.

Bahana akibat kerosakan dan kepincangan dalam penilaian telah menjadikan manusia itu kebanyakannya buta dan tuli seolah tidak mahu menambah waktu untuk meneliti dan memahami perkara pokok itu dengan wajarnya. Setiap yang tercipta adalah pantulan daripada cermin pencipta yang Maha Agung dan Maha Luas.

Impuls juga perlu diadaptasikan dalam kehidupan agar kesan membinasa akibat pertembungan dua kuasa yang mendominasi atur cara sistem yang berlansung. Begitulah aturan tuhan pencipta alam sentiasa menjadikan sesuatu itu ada lawannya iaitu ada aksi dan reaksi. Tiada satu pun terlepas daripada hukum ini. Dalam kata lain kita wajar menyedari akan wujudnya kesabaran itu umpama impuls. Impuls inilah ubat kepada kehancuran dan melindungi daripada kehancuran dan kecelakaan yang pada hukumnya pasti memberikan kesan yang negatif.

Semakin lama masa sabar seseorang itu, semakin banyak yang dapat diselamatkan namun impuls tidak bermakna sentiasa melindungi. Adakalanya juga pasti membunuh yang membawa kepada erti kekejaman yang tidak dapat dielakkan. Sesuatu yang tidak utuh, tidak mungkin dapat bertahan dengan kekuatan impuls dan ini semestinya memberikan kesan negatif dan kehancuran berpunca daripada kecelaruan fungsi.

Sesuatu yang ingin mencabar impuls perlu juga menitikberatkan kepada keupayaannya untuk saling sama mampu bertahan dan menyelamatkan banyak keadaan.

Ok, aku pun dah lapar dan pening. Memulakan hidup baru, aduhai….moga diberikan kekuatan.. tata..  

Advertisements

Blog at WordPress.com.