m o z a m i d

May 21, 2010

Minda kelas pertama

Filed under: Uncategorized — mozamid @ 2:55 am

Terbiasa dengan kelompok dan cara kerja minda kelas pertama, banyak yang telah dikecapi dan pelbagai pendekatan telah berjaya menarik minat serta mendekatkan pelbagai golongan masyarakat. Masjid berjaya terbina di tanah yang dikuasai kafir, di tanah yang pernah berusaha menghancurkan dan membinasakan umat Islam satu ketika dahulu. Sukar untuk difahami dan mungkin tidak dapat diungkapkan, tiada unsur sekatan dan tiada pula hasad dengki. Semuanya diselesaikan melalui rundingan dan juga persefahaman. Tiada langsung nilai sensitivisme dan langsung tidak terbau ancaman.

Tempat yang pernah dihuni telah berjaya merubah pemikiran dan amat mematangkan. Terpaut sungguh hati, terasa rindu yang amat akan suasana dan kerja-kerja yang pernah dilalui. Bagaikan satu mimpi, semuanya telah berlalu. Yang tinggal ada semangat perjuangan harmoni untuk diteruskan dan diwariskan kepada generasi mendatang.

Berteraskan kepada pegangan yang utuh dan kukuh serta semangat yang tinggi, perjuangan ini tidak akan terkubur walau nyawa jadi gantinya. Duhai hati:

Buah zikir jadi santapan,

Lembutlah lidah dengan cintaNya,

Teguhlah diri dengan pegangan,

Moga tetap dalam jalanNya.

 

Biar bergetar hatinya,

Biar luntur jiwa kacaunya,

Biar sahih ibadahnya,

Biar teguh imannya.

 

Diri terkaku dan hampir saja terpaku. Sungguh di luar jangka institusi yang dibina untuk membentuk jiwa hampir-hampir meruntun jiwa. Hampir saja jiwa yang suci itu tewas, hampir saja jiwa itu diragut dan direntap. Syukur jiwa itu masih utuh belum bergoyah, tidak tertewas dan tidak pula mabuk laut yang bergelora.

 

Diri ini rindukan rantaian ‘Amirul Mukminun’ yang bertaut di hati. Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinga, ucapan-ucapan doa di setiap pertemuan menjadikan kami semakin kuat. Tiada yang terkecuali, tiada yang mutlak di dunia yang fana ini.

 

Hanyalah Dia yang mutlak kerana Dialah Maha Pencipta, Maha Penguasa. Rindu ini mungkin tidak dapat diubat tetapi teruskanlah perjuangan. Lontarkanlah hasad itu jauh dari tampak, luluhkan dengki itu dengan amalan.

 

Wahai teman yang berusaha membunuh diri yang suci,  benarlah kata Tuhan yang Maha Tinggi, fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh kerna jiwa ini hampir terbunuh kerana tangan-tangan dan lidah-lidahmu. Berserahlah diri kepada yang Maha Kuasa agar diri tidak tersia.

May 14, 2010

Erti kejujuran dan keikhlasan

Filed under: Uncategorized — mozamid @ 12:30 am

Dalam kehidupan yang penuh onak, duri dan ranjau ini. Kemandirian hidup tidak terbatas dengan segala bentuk ancaman dan juga penipuan. Atas dasar ketandusan harta kekayaan jiwa, manusia seringkali berkelakuan pelik demi mencapai matlamat hidupnya.

Ada yang sanggup berpura-pura ada pula yang sanggup berpaling tadah hanya kerana mementingkan hawa nafsu yang sentiasa bergelojak di dalam dirinya. Nafsu menjadi raja dalam diri atas kelemahan diri yang tidak mengakui akan kejahilannya. Adalah menjadi asas dalam mengawal hawa nafsu serakah manusia itu hanya dengan satu perkara. Kenalilah tuhan yang menciptakan kamu dan berpegang teguhlah kamu di jalan Allah.

Yang sepatutnya menjadi pegangan manusia itu adalah membujur lalu melintang patah. Orang terdahulu pernah mengatakan, alang-alang menyeluk pekasam, biarlah ke pangkal lengan. Al-qur’an pula mengatakan, ambillah Islam itu keseluruhannya dan bukan mengikut bahagian-bahagian dari yang kamu sukai! Nabi pula berpesan, janganlah kamu memandang rendah manusia yang lainnya, kerana darjat seseorang itu terletak di sisi Allah semata-mata.

Manusia tidak akan pernah ma’sum atas sebab yang mudah, Allah mahukan hambanya merintih kepadanya memohon keampunan atas segala kelemahannya. Namun yang demikian, terdapat dosa-dosa yang telah jelas dan nyata larangannya. Janganlah kamu mengadu domba, kerana perbuatan itu tidak ubah seperti kamu memakan daging dari keluargamu sendiri. Allah turut berpesan, yang haq itu dariKU dan janganlah kamu tergolong dari golongan yang berpaling tadah.

Inilah yang telah diturunkan dan telah disyariatkan keatas kamu wahai sekalian manusia, terutama bagi mereka yang beriman denganNYA. Oleh itu, adalah bertepatan untuk seseorang itu sentiasa mencari kejujuran dalam amalnya dan sentiasa ikhlas dalam niatnya.

Matlamat tidak sekali-kali menghalalkan cara. Hanya apabila dalam urusan dan ketika tertentu, maka yang haram menjadi halal dan atas hanya satu sebab! Menyelamatkan jiwa dari mati kelaparan di tempat yang tiada lagi satu pun yang halal untuk dimakan.

Sungguhpun demikian, makan makanan yang haram itu hanya untuk melapik perut dan hukumnya kembali haram apabila memakan makanan itu selahap-lahapnya sehingga kenyang. Belum pernah terjadi dalam sejarah dunia yang kita akan ketandusan makanan yang halal lagi baik. Maka tiada sebab untuk kita mencari helah menggunakan hukum Allah yang sedia ada semata-mata mahu mencari jalan untuk mencapai matlamat diri. Ketinggian ilmu Allah itu diluar tandingan sarwajagat.

Sekalian alam tunduk dan patuh kepadanya, namun masih ada yang berlagak menjadi hero mahu menunjuk hebat di depan penciptaNYA.

 Wajarlah dengan pesanan dan ingatan dari Allah itu, maka kita menyelami ke dasar perjuangan paling asas yang membuahkan benih-benih bahagia. Jujur dan ikhlaslah dalam segala hal dan moga kamu beroleh ketinggian.

Pesan nabi, andai kamu berkawan dengan tukang besi kamu akan dapat baunya, andai kamu berkawan dengan penjual minyak wangi, maka kamu tentu sekali akan berbau wangi lagi menyenangkan. Cerminlah diri anda dengan melihat rakan-rakan dan teman-teman sekeliling anda!

7 Things to Stop Doing Now on Facebook

Filed under: Uncategorized — mozamid @ 12:27 am

provided by
ConsumerReports

Using a Weak Password

Avoid simple names or words you can find in a dictionary, even with numbers tacked on the end. Instead, mix upper- and lower-case letters, numbers, and symbols. A password should have at least eight characters. One good technique is to insert numbers or symbols in the middle of a word, such as this variant on the word “houses”: hO27usEs!

Leaving Your Full Birth Date in Your Profile

It’s an ideal target for identity thieves, who could use it to obtain more information about you and potentially gain access to your bank or credit card account. If you’ve already entered a birth date, go to your profile page and click on the Info tab, then on Edit Information. Under the Basic Information section, choose to show only the month and day or no birthday at all.

Overlooking Useful Privacy Controls

For almost everything in your Facebook profile, you can limit access to only your friends, friends of friends, or yourself. Restrict access to photos, birth date, religious views, and family information, among other things. You can give only certain people or groups access to items such as photos, or block particular people from seeing them. Consider leaving out contact info, such as phone number and address, since you probably don’t want anyone to have access to that information anyway.

Posting Your Child’s Name in a Caption

Don’t use a child’s name in photo tags or captions. If someone else does, delete it by clicking on Remove Tag. If your child isn’t on Facebook and someone includes his or her name in a caption, ask that person to remove the name.

Mentioning That You’ll Be Away From Home

That’s like putting a “no one’s home” sign on your door. Wait until you get home to tell everyone how awesome your vacation was and be vague about the date of any trip.

Letting Search Engines Find You

To help prevent strangers from accessing your page, go to the Search section of Facebook’s privacy controls and select Only Friends for Facebook search results. Be sure the box for public search results isn’t checked.

Permitting Youngsters to Use Facebook Unsupervised

Facebook limits its members to ages 13 and over, but children younger than that do use it. If you have a young child or teenager on Facebook, the best way to provide oversight is to become one of their online friends. Use your e-mail address as the contact for their account so that you receive their notifications and monitor their activities. “What they think is nothing can actually be pretty serious,” says Charles Pavelites, a supervisory special agent at the Internet Crime Complaint Center. For example, a child who posts the comment “Mom will be home soon, I need to do the dishes” every day at the same time is revealing too much about the parents’ regular comings and goings.

Blog at WordPress.com.