m o z a m i d

June 3, 2010

Perjuangan para syuhada’

Filed under: Uncategorized — mozamid @ 4:45 pm

Seringkali kita telah didoktrinisasikan bahawa tunjuk perasaan itu salah, mencetus kepada ketidakstabilan dan menggugat kepentingan individu tertentu. Semestinya sesuatu yang dipendam harus dan adakalanya jatuh wajib untuk diluahkan. Namun, apakah yang mungkin jadi galang ganti jika cara-cara dan pendekatan ini mendapat tentangan.

Pepatah ada menyebut, bulat air kerana pembentungan dan bulat manusia kerana muafakat. Apabila manusia mendukung aspirasi yang sama, mempunyai cita dan keazaman yang tinggi, memendam perasaan yang meluap-luap. Sudah semestinya para psikologis berpendapat, ianya harus diluahkan demi keharmonian. Semakin dipendam semakin membarah, semakin kacau jiwa-jiwa yang tidak tenteram itu.

Kacau bilau dan huru-hara akan berleluasa tatkala nafsu menguasai jiwa. Nah, bagaimana jadinya jika maruah kian tergadai, adakah terhunus pedang di lehermu wahai jiwa yang merdeka. Merdekakah jiwa itu? Barangkali tidak. Jiwa yang merdeka pasti menegak kebenaran, amaran dan ancaman untuk tidak berkumpul walau secara aman akan memuncakkan lagi ruang rasa yang membuku dan terbuku. Lalu tercetuslah syak wasangka, bertebarlah fitnah, bercambahlah benci dan akhirnya yang merugi adalah yang melarang sendiri.

Saluran-saluran tertentu perlu diberikan kebenaran untuk menenangkan jiwa yang memberontak, membentak dan ingin menuntut bela. Biarlah mereka lepaskan rasa yang terpendam di jiwa, biarlah mereka berkumpul menunjukkan sokongan dan semangat. Sesungguhnya tika kamu dalam kesusahan, kamu cuma mahukan sokongan dari yang memahami agar mampu dengan lebih tabah mendepani cabaran ini.

Dalam masa yang sama, marilah kita mematangkan diri dengan:

  1. Mengadakan solat hajat secara terbuka dan beramai-ramai ibaratnya aidilfitri untuk memberi sokongan jiwa kepada semua.
  2. Mengambil masa untuk bertafakur pada satu masa yang ditentukan dan diseragamkan untuk mengingati mereka.
  3. Mengadakan pendedahan khas di semua televisyen berkenaan isu kemanusiaan yang terjadi.
  4. Mengajak semua agama bertindak mengecam tindakan keganasan yang dilakukan.
  5. Menunjukkan pengalaman kita yang lampau (zaman perang jepun, british, 13 Mei 1969) dan mengaitkan dengan mereka(Palestinian) agar perasaan itu lebih dihargai dan dapat dijiwai terutama generasi muda.
  6.  Berilah peluang kepada mereka yang mahu bercakap untuk meluah rasa agar terawat luka di hati.
  7. Membacakan sajak-sajak dan lagu-lagu yang berkaitan agar rasanya lebih mendalam dan tidak pudar di telan zaman.
  8. Memboikot segala jenis penjanaan ekonomi untuk meningkatkan kekayaan rejim zionis.
  9. Menyeru penyatuan dengan menurunkan tandatangan ke atas petisyen walaupun tidak disampaikan. Ini adalah sentimen penyatuan kepada misi keamanan dunia.

   10.  Menanam tekad dan azam di semua sekolah dan masyarakat untuk berganding bahu membantu yang memerlukan.

Advertisement

1 Comment »

  1. Salam. Like! Jzkk atas pencerahan. As always, kata-kata enta memang membakar semangat!

    Comment by su_zul — June 4, 2010 @ 11:30 am | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Theme: Rubric. Blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.